09 Mac 2010

tiga waktu yang perlu dimanfaatkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Suhuf Ibrahim ada menyebutkan:

“Orang berakal harus mempunyai tiga waktu yang perlu dimanfaatkannya: satu waktu untuk bermunajat kepada tuhannya, waktu kedua untuk dia bermuhasabah diri, dan waktu ketika untuk dia menikmati kesenangan-kesenangan dunia yang halal baginya kerana waktu yang terakhir ini akan membantu perlaksanaan waktu-waktu yang lain.”

Bukan mudah untuk kita membahagikan masa dengan penuh kualiti sepanjang masa. Namun apa jua alasan yang kita berikan, hakikatnya mereka yang berstatus hamba Allah seharusnya membuat pembahagian masa seperti ini dalam kehidupan kita. Ramai yang berfikir bahawa hidup hanya sekali, inilah masanya untuk menikmati keseronokkan dunia. Akhirnya kehidupan yang sekali ini tidak dinikmati secara baik.

Tidak mengapa jika kita hanya berakhir di sini. Tidak perlu risau tentang dosa pahal jika kita hanya berkahir dengan kematian. Tetapi sukarnya kerana adanya kebangkitan kedua. Kerana itulah model kata-kata hidup perlu seronok tidak boleh diletakkan sebagai prinsip hidup kekal.

Nabi Ibrahim adalah Rasul agung. Pengorbanannya bukan sekadar pengorbanan kita yang kita rasakan besar ini. Pengajaran dari suhuf baginda jelas meletakkan bahawa pengabdian kita adalah pada Tuhan, kemudian lihat siapa diri, dan diakhirnya barulah diberikan pilihan untuk menikmati dunia sekadarnya.